Jom join contest (teka jumlah minimuffin dalam box besar) - 14 . 01 . 2010 - 20 . 02 . 2010
Dah hampir 3 bulan berniaga dalam blog ni, so sekarang saya nak bagi sikit giveaway untuk semua yang menyokong blog ini.
Kategori 1 dan 2 (Kategori Khas):
Khas yang bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun 2010 ini. bermula Mac hingga Disember 2010 (kenduri) dan untuk ibu-ibu atau bapa yang ada anak bawah 12 tahun sahaja.
Pemenang pertama : PERCUMA 300 minimuffin + 50% diskaun jika ada order tambahan.
Pemenang kedua : PERCUMA 200 minimuffin + 30% diskaun jika ada order tambahan.
Pemenang ketiga : PERCUMA 100 minimuffin + 20% diskaun jika ada order tambahan.
Saguhati : 10 orang akan dapat voucher diskaun 20% + 20% extra free
Kategori 3 (Kategori Umum):
Kategori umum. Semua boleh join. Nak buat harijadi sendiri ke, nak bagi mak ayah ke, nak makan sendiri ke, ikut suke la.
Tempat pertama : 300 minimuffin
Tempat kedua : 200 minimuffin
Tempat ketiga : 100 minimuffin
Saguhati : 10 orang akan menerima 30% diskaun.
Yang lain pon bleh dapat 10% extra free.
HADIAH BONUS : 100 minimuffin free - Khas untuk blog entri paling kreatif
Cara untuk join contest :
1. Jadi follower myminimuffin
2. link blog saya di blog korang.
3. Buat satu post dalam blog korang tentang giveaway ni. Letakkan pic atas tu skali ye. Pastu letak link http://myminimuffin.blogspot.com/2010/01/giveaway-contest.html kat post tu ye.
4. Korang copy gambar contest kat atas kiri tu, buat mcm di blog saya juga, link gambar tu ke http://myminimuffin.blogspot.com/2010/01/giveaway-contest.html. Boleh 'Add a Gadjet', pilih picture dan masukkan link tadi.
5. Tinggalkan komen korang kat post ni, link korang buat pasal contest ni ye. Tinggalkan email korang sekali, kategori pilihan. Bagi kategori 1 dan 2, sila masukkan tarikh majlis kahwin anda @ harijadi anak anda.
6) Pada tarikh akhir contest nanti (20 Februari 2010), saya akan emailkan satu gambar minimuffin untuk anda teka berapa jumlahnya. Anda perlu meneka dalam masa sehari sahaja. Nanti submit tekaan anda pada 21.02.2010. Pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan paling tepat @ paling hampir tepat. Jika ada lebih dari 1 pemenang, mereka akan diberi lagi gambar untuk diteka.
7) Pemenang kategori 1 hendaklah scan kad kahwin 3 minggu sebelum majlis untuk pengesahan.
Selamat Mencuba!!



