MEGASALE AIDILFITRI
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Masih lagi dalam mood raya Syawal? Nak buat open house tapi hidangan masih belum lengkap?
Ok, minggu ni myminimuffin akan buat promosi mega dan promosi macam ni memang sangat jarang dibuat. Harga diturunkan dan penghantaran PERCUMA sekitar KL, Selangor, Negeri Sembilan (tempat-tempat terpilih). Minimuffin, Kek, Cupcake, Dessert. Bila?
Penghantaran pada 14-17 Ogos (Khamis - Sabtu). Terhad kepada 20 pelanggan sehari SAHAJA. Tertakhluk pada terma dan syarat k.
Sila baca terma dan syarat di akhir post ni dulu sebelum anda teruskan tempahan ye. Macam mana nk order? Di bawah sekali blog ni, ada satu order form, anda boleh isikan dan submit. Jika anda kurang yakin menggunakan order form tu, emailkan kami butiran order anda bersama kuantiti ke myminimuffin@gmail.com. Pastikan nama, no fon dan alamat ditulis dengan tepat k. Kalau tak nanti susah untuk kami hubungi.
So, jom belek2 dulu apa yg ada untuk promosi kalini dan silalah order k.
Minimuffin : muffin bersaiz mini kecik2 comey2 ni memang sangat sesuai dihidang musim2 raya ni. Apa tak nye, kanak2 memang suke muffin kecik2 ni, skali ngap je, byk flavor plak tu, ada choc chip lagila. Ok, apa promosinya???
Minimuffin : RM 30 / bekas (105pcs++) / (harga asal RM 35)
tunggu dulu, belum habis promo lagi...
Beli 5 bekas, PERCUMA 1 bekas lagi
Dahla harga turun, beli byk dpt free lagi, hantar pon free x caj (kalau x, delivery caj RM 10-RM30 gak tauu)
minimuffin ni tahan sehingga 1 bulan
Promosi seterusnya adalah cake dan cupcake.
Cake 1kg cuma RM 40 (harga asal RM 55)
Cake 2 kg cuma RM 75 (harga asal RM 110)
Cake ItalianRainbow cuma RM 100 (harga asal RM 130)
Cupcake Hokkaido : RM 40 (16 cups), RM 15 (6cups)
Cupcake (16cups) : RM 40 (harga asal RM 55), boleh mix 2 flavor jika mahu
Flavor Cake/Cupcake : German Chocolate, Red Velvet, Butterscotch
Hokkaido Cupcake (6cups in a box)
German Chocolate Cake : Kek coklat dengan almond, pistachio frosting.
Hokkaido cupcake : Kek lembut ala jepun dengan krim kastad di dalam.
German chocolate cupcake
Rainbow cake (2kg 7layer rainbow colour)
with Italian frosting
Red velvet cupcake (16cups)
Butterscotch Cake
Red velvet Cake
Mix cupcake in a box (16 cups)
Pavlova : Meringue dengan whipped cream dan buah segar (strawberi, anggur)
Dessert yang ready to eat di dalam cup dan mudah disimpan
Pavlova
Tiramisu : Biskut ladyfingers dicelup larutan expresso dan dilapis dengan cream cheese berperisa capucino. Sedikit koko ditabur di atas menyedapkan rasa. Cuma RM 3 je
Blueberry Trifle : Vanilla Cake di lapis dengan whipped cream +custard dan di atas adalah blueberry filling yang berbuah. (english style trifle)
German Chocolate
Krim Karamel : Hidangan klasik Perancis, campuran telur,susu dan gula dengan gula karamel di bawah.
Panna Cotta : Hidangan mewah dari Italy, Panna bermaksud cream, Cotta bermaksud cook. Panna Cotta adalah krim yang dimasak bersama gelatin (Halal dari Pakistan) dan ada strawberry filling berbuah menyedapkan lagi. Panna Cotta antara produk terlaris di gerai-gerai kami kerana rasanya memang terbaik. Cubalah!!
Peminat cheese memang tak boleh lupakan yang ni. Lapis Cheezy Oreo ni memang padat dengan cream cheese dan dilapis dengan biskut oreo yang ternyata sedap.
German Chocolate dalam bekas petak yang lebih besar. Tak habis boleh simpan dalam chiller. Tahan hingga 2 minggu kalau sejuk
Strawberry sauce kami memang ada buah strawberry, bukan strawberry jem ye
Milky Hershey : yang ni pon memang ramai yang suke sebabnya apa? sebabnya macam2 bahan ada dalam ni. Bawah sekali kami letak chocolate / strawberry hershey syrup, lepas tu kami letak biskut dan kami rendamkan biskut ni dengan krim, susu, susu manis selama setengah jam untuk biskut tadi serap semua kesedapan larutan krim tu. Pastu kami tutup dengan krim cheese frosting dan kami taburkan sikit keju cheddar kat atas. MMmmmmm.. trylah
Harga Dessert :
Pavlova : RM 5 / cup kod : PV
Milky Hershey : RM 5 / cup kod : MH
Panna Cotta : RM 5 / cup kod : PC
Bleueberry Trifle : RM 4 / cup kod : BT
Lapis Cheezy Oreo : RM 4 / cup kod : CO
Tiramisu : RM 3 / cup kod : TR
Krim Karamel : RM 3 / cup kod : KK
German Chocolate : RM 12 / bekas kod : GC
** Sila isikan kuantiti cup + kod dessert dalam ruangan order form di bawah,contoh: 5 PV (5 Pavlova)
Terma dan Syarat:
Pembelian minimum adalah RM 40.
Hari dan waktu penghantaran ditentukan oleh kami dan atas persetujuan bersama sebelum penghantaran dilakukan.
Jadual dan masa penghantaran mengikut kawasan :
Khamis (21 ogos) : Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Kelana Jaya, Subang, Shah Alam, Klang, Damansara dan sekitar sahaja.
Jumaat (22 ogos) : Cheras, Kajang, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Nilai dan sekitar
Sabtu dan Ahad (23 dan 24 ogos) : Dibuka untuk order open house sahaja dengan minimum RM 200
** Masa penghantaran adalah 10 pagi- 4 petang sahaja.
Syarat penghataran percuma :
Rumah : Kami hanya akan menghantar di kawasan yang mudah berdekatan rumah anda seperti stesen minyak, bangunan atau kedai berdekatan sahaja. Penghantaran terus ke rumah atas budi bicara dan caj RM 5 mungkin dikenakan. Bagi yang menghuni di flat, apartmen, kondo dsb, kami hanya akan menghantar di pondok pengawal sahaja.
Pejabat : Pihak kami hanya akan menghantar di bawah bangunan sahaja (pos kawalan, pondok pengawal dsb). Maaf kerana kami tidak akan naik ke pejabat anda.
Arahan Penyimpanan : Semua dessert harus disimpan sejuk. Jika pejabat anda tiada peti sejuk (chiller), jangan bimbang kerana semua dessert ni masih tahan dalam suhu bilik/bilik berhawa dingin. Elakkan daripada letak dalam kereta terlalu lama. Elakkan terdedah cahaya matahari.
Semua dessert tahan sehingga 2 minggu jika disimpan dalam chiller kecuali pavlova yang hanya bertahan 2-3 hari kerana buah-buahan segar yang ada.
Jika anda berminat, anda hanya perlu mengisi borang tempahan di bawah sekali blog ni (skrol hingga ke bawah sekali) dan pihak kami akan hubungi anda untuk pengesahan. Sila isikan maklumat spt nama, alamat, no hp, order anda dengan tepat untuk mengelak kesulitan.
Anda boleh berkongsi order dengan rakan sepejabat/ rakan kolej/ teman/jiran untuk lengkapkan pembelian minimum RM 40. Promosi ini hanya terhad kepada 50 orang sahaja kerana pihak kami hanya mampu membuat penghantaran 20 orang sahaja sehari.
**jika order form tiada (mungkin anda gunakan mobile version), anda boleh switch to web version ATAU emailkan saja kepada kami myminimuffin@gmail.com
Terima Kasih.